BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, October 25, 2012

Hati Kamu



Mereka....
Tidak perlu berbuat apa-apa.Tapi mereka bertapak kukuh di hati kamu.
Mungkin juga mereka berbuat sesuatu yang aku tidak tahu dan tidak mungkin kau khabarkanku.
Mungkin mereka menepati citarasamu jadi mereka masih menjadi pilihanmu.
Dan mungkin kelebihan mereka adalah kerana hadir dahulu dalam hidup kamu sebelum aku.
Walau apapun cara kau tetap pertahankan mereka meski aku tegaskan betapa aku tidak suka.
Kau tidak sanggup jika hati mereka terluka jika tahu kebenaran tentang hadirnya aku dalam hidup kamu.


Aku.
Walau pelbagai cara kulakukan namun aku masih gagal mendapat tempat terindah di hati kamu.
Sebab
Kau sanggup jika kehilangan aku asalkan kau masih bersama dia.
Pelbagai cacian kau lemparkan kepadaku tanpa memikirkan betapa hatiku pedih mendengar setiap patah perkataanmu.
Namun kau takkan terfikir semua itu asal hatimu puas.
Mungkin cara kamu mengajarku atas kesilapanku.
Kuakui kelemahan banyak malah sering tertunjuk.
Keras kepala, degil, tak dengar kata malah suka mendesak.
Memang itu sikapku.

Tapi aku jadi begitu kerana aku sangat takut kehilangan kamu.
Senang kau katakan padaku untuk mencari insan lain dalam hidupku.
Namun tahukah betapa hatiku sudah terlekat kuat untuk kamu?
Kalau tidak kenapa aku sanggup lakukan bermacam-macam untuk kamu.?
Aku tahu kamu mahu aku pergi kepada insan lain keran kau sudah bosan dengan aku
Atau kau mahu hilangkan kehadiran aku dalam kamus hidup kamu.
Alasan kamu
Kamu tidak dapat menjaga aku sebaiknya.
Pedih hati aku
kerana
kalau kau betul2 sayangkan aku. Kau akan usaha, Tiada alasan yang akan kau berikan.
Aku tahu sebab kau mahu memilih antara mereka maka kau harus buang aku.

Mungkin aku tak pernah bertakhta di hati kamu.
Mungkin kau masih di sisi aku untuk kepentinganmu.
Maaf aku berkata begini tapi aku terasa begitu
Malah hal ini membuat aku bertambah sedih,
Tiadakah langsung ruang untuk aku di hati kamu.

Sekarang
Apabila marah caci maki kau lemparkan.
Kalau aku mengalirkan air mata pon tangan kau naik di kepala.
Kenapa kau tegar buat aku begini?
Apa kau memang benci aku?
Tapi kata2mu bahawa pelbagai cara kau lakukan untuk buat aku benci kamu.
Lebih memilukan hati aku.
Betapa kau tidak inginkan kehadiranku dalam hidup kamu.
Betapa kamu ingin buang aku dari hidup kamu.
Mungkin dengan cara halus yang tidak nampak kejam.
Tapi sebenarnya itulah kekejaman yang pasti sebab aku sentiasa makan hati berulamkan jantung.

Kau sering kata nak bayar balik apa yang aku sudah lakukan untuk kamu.
Kamu nampak bentuk budi yang aku taburkan tapi kau tak nampak nilai di sebalik semua itu.
Aku tidak tahu bagaimana ingin kuterangkan kepadamu
Sebab kau tidak pernah faham apa yang aku cuba sampaikan.
Aku juga tidak pernah faham dengan setiap permainan yang sedang berlaku antara kita.

Kaulah insan yang paling aku sayang paling aku cinta.
Tapi
Kaulah juga insan yang paling banyak buat aku kecewa.
Yang paling banyak menyakitkan hati aku.
Namun ada sikapmu yang buat aku masih bertahan dengan kamu.
Kamu ni gila2. Mudah buat orang ketawa. Dan sikapmu itu yang menghiburkan aku.
Kau juga pandai mengemas berbanding aku yang selalu berterabur dalam urusan harianku.
Kau juga selalu nasihat aku walaupun aku tak pernah dengar tapi aku suka apabila kau menegur aku.
Perkara pertama dulu yang buat aku terpikat padamu adalah kau kata kau tolong ibumu di dapur dan terbukti kau juga sering bantu aku memasak kan. Menegur masakan aku yang sememangnya tak sedap.
Untuk pengetahuanmu, sebelum kenal kamu aku langsung tidak rajin ke dapur. Dapur memang bukan pilihan aku. Aku lebih suka mengemas rumah. Tapi sejak kenal kamu, aku selalu ingin masak untuk kamu. Walau tidak sesedap masakan ibu kamu tapi aku cuba buat yang terbaik. Aku suka bagi kamu makan agaknya. Lihat perubahan diri kamu kan. Makin berisi. Haha.

Tapi kadang2 aku rasa kau sayang aku tapi bila aku tanya kau kata kau tak pernah ingat aku pon.
Tapi aku rasa kau sayang aku lebih dari mereka. Kerana kau sanggup ikut kata2 aku kan.
Bukan aku nak kongkong kamu cuma aku ingin selalu dekat dengan kamu.
Padah dari itu kau lebih kenangkan yang jauh.
Mungkin betul dia lagi penting dari aku. Kamu rasa kamu lagi sayang dia dari aku. Sebab dia yang selalu kau kenang2 kan.
Tapi bagi aku mungkin kerana aku selalu hadir di hadapan kamu, aku selalu ada saat kau perlukan aku maka kau kurang menghargai.
Namun pengorbananmu untuk aku juga tidak aku lupa. Rasanya banyak juga yang kau buat untuk aku.
Dan yang paling berharga bagi aku adalah air matamu.
Mungkin kau belum sedar kepentingan aku dalam hidup kamu kerana aku lebih banyak memberi.
Selalu orang yang memberi lebih teringat-ingat berbanding yang menerima.

Kadanag-kadang aku rasa malu dengan diri aku yang terlalu obses mengejar kamu.
Aku tidak tahu bagaimana berakhirnya hubungan kita. Sama ada bahagia atau derita.
Aku selalu terfikir untuk undur diri dari hidup kamu tapi aku tidak sanggup kerana kau selalu dalam ingatanku.
Kadang2 aku tak sampai hati andai kau tiba2 mencari aku wlaupun blum tentu kau sedar kehilanganku kan.

Tunggulah
Andai suatu masa.
Aku sampai hati
Dan aku kuatkan hati
Aku akan lepaskan kamu
Demi kebahagiaan kamu
Kerana aku tahu
Kebahagiaanmu bersama dia.
Mungkin bukan dengan aku.

Walau aku mampu membahagiakan kamu sejuta kali pon
Andai hati kamu memang untuk dia.
Walau dia menyakiti hatimu seribu kali pon.
Kau tetap tunggu dia kan.
Bila dia kembali kepadamu aku yang disisimu sudah kau tidak nampak lagi.

Mungkin perkenalan kita tidak lama. Baru setahun. Tapi kenangan yang tercipta antara kau dan aku terlalu banyak. Suka duka itu akan kusimpan sampai aku bertemu dengan suamiku. Jika kaulah bakal penghulu hidupku mungkin kita boleh bercerita kembali kisah kita. Andai bukan kau yang ditakdirkan untuk aku akan aku hapuskan semua kenangan itu. Bagi aku sekali aku menjadi yang halal buat seorang lelaki. Hanya dia yang bertakhta dalam hati aku.

Namun buat masa ini belum ada pengganti kamu. Mungkin aku pernah terhanyut dengan kata2 manis sahabat kamu namun aku juga tersilap dan menyesal atas apa yang berlaku kerana aku tidak sedar perasaan hatiku terhadap kamu tidak pernah padam dan takkan aku ulang lagi kesilapan ini.

Kau berilah aku masa.
Andai suatu hari andai bertemu kamu. Aku boleh pandang dan lihat kamu sebagai seorang kawan seperti yang kamu minta. Mungkin makan tahun atau mungkin sampai bila2 kau tetap bertakhta di hati.

***Kau bukanlah yang pertama tapi kaulah cinta terakhirku***

Semuanya ketentuan Allah. Aku hanya mampu berdoa dan meminta dengan DIA.

**Air mata tak henti2 mengalir semasa aku mencoret luahan hati yang panjang lebar ni . Tapi terhenti sendiri apabila kau balas mesej aku. Sian kau tunggu aku sampai sejam semalam kan. Nak balik kampung sama2 tapi akhirnya aku hilangkan diri sebab merajuk teruk. Alahai....Bagaimanalah aku mahu lupakan kamu?.

Bibir Tersenyum Hati Menangis.
.


"Ya Allah bukakanlah hati dia untuk aku dan jadikan dia seorang Muslim yang dapat membimbing aku ke jalanMu. Hidayah milikMu namun kami hanya mampu meminta dan tunaikanlah permintaanku ini. Amin."

0 Coret2: