BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, May 1, 2010

1 Mei (Perginya Ketua Keluarga)

Tanggal 1 Mei 2002
 
Fizikalnya,
biasa2 saja
Hensem tak
Buruk pon tak
Tinggi tak
Rendah pon tidak
Manis dipandang

Perwatakannya
teramatlah garang
Maklumlah
bekas tentera
disiplin itu ad dalam dirinya

Agamanya
tidaklah sehebat ustaz2, alim ulama'
namun ilmu yang sedikit itu sentiasa diamalkan

Kegemarannya
memasak!
segala jenis mi dye suke
tapi masakannya plg aku suke  
nasi grg kampung..
sedap...♥ ♥ ♥

Keistimewaannya
xsuka buang masa
boleh bt mcm2 keja dalam masa yg singkat
pg2 kalaw prepare untuk berniaga
sempat plak dye berkebun
menanam pokok bunga
ntah tanpa sedar (bila masa dye buat)
keliling rumah da jadi taman
memang itu minatnya
sampai akhir hayatnya semasa berkebun (T_T)
(cerita details pasal ni click sini )

Itulah ayah
tarikh keramat inilah dye pergi
menyahut janji Allah
   
Ayah, moga tenang di sana..dtempatkan dalam kalangan orang beriman ..InsyaAllah dalam kehidupan abadi kita jumpa...amin...Al- Fatihah untuk Abd Razak bin Baharom (18/3/1963-1/5/2002)

Teringat kata2 mak "Tidak ada dugaan paling besar dalam hidup mak selain kematian ayah...Kalau ada dugaan lain insyaAllah mak boleh hadapi..." (dugaannya kematian suami pada usia muda dengan anak yang masih kecil, aku ms tu pon baru form 1)

*terasa nak buat entry pasal janda dan persepsi masyarakat Melayu :))


Ni ade sedikit bingkisan ttg kematian yang aku amek dari sini.


Renungan tentang Kematian


Apabila bercerailah nyawa dari badan maka terdengarlah seruan dari langit tiga kali:
  • Hai anak Adam, adakah engkau tinggal dunia atau dunia tinggalkan engkau?
  • Hai anak Adam, adakah engkau himpun dunia atau dunia himpunkan engkau?
  • Hai anak Adam, adakah engkau bunuh dunia atau dunia bunuhkan engkau?
Apabila dihantar ke tempat mandi berserulah suara dari langit tiga kali:
  • Hai anak Adam, di manakah badan engkau yang kuat mengapa jadi lemah?
  • Hai anak Adam, di manakah lidah engkau yang pitah bercakap mengapa diam?
  • hai anak adam di manakah kekasih engkau mengapakah jadi mulia rakan engkau?
Apabila dibawa ke atas kain kapan maka menerjah suara dari langit tiga kali:
  • Hai anak Adam, engkau herjalan kepada perjalan yang jauh dengan tidak berbekal?
  • Hai anak Adam, engkau keluar dari rumah tiada akan engkau kembali selama-lamanya?
  • Hai anak Adam, engkau tinggal segala kenderaan maka tiada engkau kenderai selama-lamanya? dan engkau berpindah kepada negeri yang huru hara!
Apabila manyat dibawa di atas perusung (keranda) maka menyerulah suara dari langit tiga kali:
  • Hai anak Adam amat beruntunglah (bahagialah) kamu jika kamu menjadi seorang yang bertaubat.
  • Hai anak Adam amat beruntunglah (bahagialah) kamu jika amal mu baik.
  • Hai anak Adam amat beruntuglah (bahagialah) kamu jika sahabat mu dalam keredaan Allah – dan amat rugilah (celakalah) kamu jika sahabat mu orang yang dimurkai Allah.
Apabila mayat diletakkan untuk disembahyangkan maka menyerulah suara dari langit tiga kali:
  • Wahai anak Adam segala amal mu yang telah kamu lakukan akan kamu lihat.
  • Wahai anak Adam, jika amal mu itu baik kamu akan lihat baik.
  • Wahai anak Adam, jika amal mu itu buruk maka kamu kan lihat buruk.
Imam Annas bin Malik Radziyallah Anhu berkata, bahawa bumi setiap hari berkata:
  • Wahai anak Adam, kamu berjalan di atas ku, kamu akan kembali ke dalam perut ku (kubur).
  • Hai anak Adam, kamu berbuat maksiat dan dosa di atas ku, dan kamu akan disiksa di dalam perut ku (kubur).
  • Kamu bergurau di atas ku, dan kamu akan menangis di dalam perut ku (kubur).
Wallahualam...
p/s Ingatlah teman...Umur muda bukan penjamin kita hidup lama..Allah maha berkuasa lagi maha mengetahui...

Terima Kasih sebab membaca entry yang terlebih panjang ni ;))



2 Coret2:

Jimie SC said...

sbr ye fasya..Allah nk uji mak fasya sekeluarga tue. semoga tabah menghadapi dugaan tu k...

Penulis Setia said...

thx jimie..nothing lah..dats part of our life...lame da pon..xrase sgt///but ade mase teringat emo sket..alfatihah je yg terbaik..;))