BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, July 11, 2010

Aku stress giler neh! Tolong!

Salam alls

Aku sangat-sangat tidak suka saat ini
Rasanya aku sememangnya langsung tidak bersedia untuk menghadapi hari ini apatah lagi hari esok
Esok hari pertama aku akan melapor di IJN
Itu bukan masalahnya
Yang menjadi masalah aku kena drive sendiri

It was so stressful!
Sebab aku masih tidak arif selok belok jalan di KL ni
Tadi pakcik aku sudah bawak aku melalui jalan2 ke sana
Walaupun dekat aku masih tidak yakin dengan diri aku

Inilah kali pertama aku rasa tertekan yang amat sangat
Bagi kaum lelaki atau perempuan yang sudah mahir , tentu tidak jadi masalah
Tapi aku, masih berfikir tentang hari esok
Apatah lagi gear manual...Kereta boleh mati tengah2 jalan...haish!

Ya Allah, berikanlah aku kekuatan
Selamatkanlah perjalanan hidupku untuk hari esok dan hari seterusnya
Doakan aku ya
Aku tidak punya kawan untuk bersama aku kerana aku tinggal dengan pakcik aku

Risau kan aku?..(T_T)

ps : baku bahasa aku? sejak sekarang aku mahu menggunakan bahasa baku kerana paksu aku kata orang yang selalu bersosial (FB) akan lemah otak..Betulkah?

0 Coret2: